Minggu Yang Sesak

Macet. Macam Param.

Seminggu yang paling menyesakkan. Beban, halangan, konflik dan emosi yang tak terkawal; resepi paling lethal untuk minda separa matang.

---

Sepanjang tahun selesa dalam trajektori yang terus menerus meningkat tapi akhirnya momentum merudum di bulan Julai. Terima berita malapetaka pertama.

Akhir Julai mula terima dua berita yang lebih menyenangkan. Tentang kebarangkalian perluas empayar dan bikin nama serta reputasi. Tapi terpaksa ditolak dengan cermat. Masa belum sesuai untuk pikul seorang.

Minggu pertama Ogos pula bermula dengan teruk. Kuasa-kuasa besar yang selalunya ada sinergi, saling berantakan. Berita malapetaka kedua.

Zarah-zarah kecil dihimpit dalam telingkah persis kebudak-budakan. Salahkan pada ego.

Dipertengahan minggu, ultimatum yang boleh jahanamkan masa depan perlu diputuskan. Berkira-kira untuk lepas bebas dan mula dari kosong. Teragak-agak juga memikirkan komitmen yang bergunung.

Terusan peluk tubuh, maka kebarangkalian masa depan yang menyakitkan akan semakin nyata. Intervention dirangka dan emosi mengambil alih. Pengakhirannya kabur. Tapi dengan yakin, jantung dan hati telah tersentuh. Kesannya mungkin dah terpahat dalam minda, dibawa ke mati.

Dengan kepala yang celaru, cuba tenangkan dengan wajah-wajah yang menyenangkan. Si arnab putih, contohnya. Dan semua rasa lebih ringan.

Diakhir minggu, poket masih belum terisi. Dan bocornya masih belum tertampung. Terus-terusan.

Tapi minggu juga berakhir dengan gembira. Itu yang penting kan?

Terima kasih untuk berita yang menggembirakan. Terharu juga. Tapi rukun manly masih kuat! =D