Trafik / Remuk Hancur Luluh

3 protes
i.
Babi bertopengkan insan
di hutan hujan konkrit
berpacuan
macam beruk
kena belacan.


ii.
Sekilas pandang wajah kamu di cermin sisi, saya rasa seperti mahu pandu laju. Dan hentam belakang kereta kamu. Biar jasad saya remuk. Hancur. Luluh. Sepertimana hati saya remuk. Hancur. Luluh. Melihat gelak tawa kamu, bahagia bersama teman-teman. Tak endah wujudnya saya. Yang terus, terus saja mengekori. Di belakang kereta kamu. Sekilas pandang wajah kamu di cermin sisi, saya rasa seperti mahu pandu laju.

3 comments:

  1. pernah rasa perasaan ii. bezanya, saya yang ingin dilanggar, bukan melanggar.

    ReplyDelete
  2. Dilanggar itu lebih kepada self-destruct. Kesan remuknya cuma pada diri sendiri.

    Melanggar itu lebih selfish. Kesan remuknya ada pada yang melanggar dan yang dilanggar. Macam, I'm falling and I'm dragging you down with me.

    Kecualilah kalau yang melanggar itu ialah pejalan kaki dan yang dilanggar itu ialah kereta kebal. Itu sudah kira suicide! ;p

    ReplyDelete
  3. Bukan saja2 nak duduk belakang u ikut rapat2. Kereta aku tak laju, dan aku nak cepat. lorong ada dua. aku kekanan untuk memotong. U halang sebab aku potong u sebelah kiri sebelum itu.
    aku pandu kelisa, u pandu garisan langit.
    kenapa nak sakit hati?

    [Kisah aku di lebuh raya karak.]

    ReplyDelete