Trafik / Remuk Hancur Luluh

i.
Babi bertopengkan insan
di hutan hujan konkrit
berpacuan
macam beruk
kena belacan.


ii.
Sekilas pandang wajah kamu di cermin sisi, saya rasa seperti mahu pandu laju. Dan hentam belakang kereta kamu. Biar jasad saya remuk. Hancur. Luluh. Sepertimana hati saya remuk. Hancur. Luluh. Melihat gelak tawa kamu, bahagia bersama teman-teman. Tak endah wujudnya saya. Yang terus, terus saja mengekori. Di belakang kereta kamu. Sekilas pandang wajah kamu di cermin sisi, saya rasa seperti mahu pandu laju.