Pasaran Saham

3 protes

Secara umum, hidup selalunya diumpamakan sebagai roda. Ada juga yang guna roller coaster sebagai analogi untuk kehidupan. Tapi roda itu jumud. Kau boleh nampak apa yang ada di lengkungan sebelah sana. Dan ia berulang-ulang tanpa variasi. Roller coaster pun sama. Rekaan Grand Architect dan Master Engineer boleh dibaca dan diukur dengan jelas dan kau boleh lihat naik-junam landasannya, lama sebelum kau laluinya.

Sebenarnya, hidup tak ubah macam pasaran saham.

Kalau leka, akan terlepas dan hilang kesempatan membeli. Dan kalau lalai, akan rugi teruk. Secara rahsia (yang sebenarnya dah diketahui umum), ianya dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Dijulang, dicampak, dijual, dibeli, dimanipulasi dan dihenyak tanpa emosi dan belas. Untung-rugi kaya-papa, itu sahaja yang penting kerana ia hak untuk kau dabik dada.

Dan kau bermain. Berjudi. Turun-naiknya nasib kau berfasa tanpa kau faham kitarannya sebab kau buta ekonomi (tapi sebenarnya boleh diagak kalau kau sedikit celik). Kau rentas jurang puncak-lembahnya yang melampau-lampau.

Dalam transisi,
kau
akan
rasa
macam
palat.

Selalunya macam tu lah.

Bak kata Radiohead:

                                               n
                                         e
                                   th           a
                      steps
        fifteen                                s
                                                    h
                                                     e
                                                      e
                                                       r

                                                        d
                                                         r
                                                          o
                                                           p
                                                            .

3 comments:

  1. Saya mahu protes!

    Saya masih berpegang pada kehidupan seperti roda. Bermula ia bergerak maka adalah turun naiknya sehingga kita berhenti.

    Kehidupan yang dimaksudkan adalah proses kita belajar dan kita kena terus belajar. dari mula kita belajar berjalan, pasti ada jatuh. dan sehebat manapun kita berlari pasti kita akan rebah.

    Kalau cerita ekonomi, turun naik adalah bagai dikata. Kita boleh mengatur perjalanan bagai teciptanya 'Roller coaster'. Bagi aku, kalau cerita bab ekonomi kita tak boleh terus berserah dan menyerah. Kita perlu terus mengatur, berusaha menuju kepada kebaikan.
    Perkara terbaik, uruskan kewangan anda sendiri...
    Bijak kita mengurus, maka tangan ghaib itu akan menganggu kehidupan ekonomi anda....

    wallahu 'alam

    ReplyDelete
  2. bias. kenapa xde gambar bear sekali?

    ReplyDelete
  3. Fazrol,

    Tapi, hidup umpama roda tu macam kepercayaan Buddha kan? Penganut Buddha percaya semua orang terikat pada roda samsara. Hidup, mati, hidup kembali, mati kembali etc. Hehe.

    (Maaf ya lambat reply. Tangguh, lama-lama lupa la.)


    Anoni,

    Here's a very very bad pun just for you: When the bull shit, it bear-ak.

    Tapi, serius. Tak perlu gambar bear. Gambar bull tapi isinya (terutama endingnya) bearish. Fair la tu. Mana ada bias. ;p

    ReplyDelete