Pasaran Saham
Secara umum, hidup selalunya diumpamakan sebagai roda. Ada juga yang guna roller coaster sebagai analogi untuk kehidupan. Tapi roda itu jumud. Kau boleh nampak apa yang ada di lengkungan sebelah sana. Dan ia berulang-ulang tanpa variasi. Roller coaster pun sama. Rekaan Grand Architect dan Master Engineer boleh dibaca dan diukur dengan jelas dan kau boleh lihat naik-junam landasannya, lama sebelum kau laluinya.
Sebenarnya, hidup tak ubah macam pasaran saham.
Kalau leka, akan terlepas dan hilang kesempatan membeli. Dan kalau lalai, akan rugi teruk. Secara rahsia (yang sebenarnya dah diketahui umum), ianya dikawal oleh tangan-tangan ghaib. Dijulang, dicampak, dijual, dibeli, dimanipulasi dan dihenyak tanpa emosi dan belas. Untung-rugi kaya-papa, itu sahaja yang penting kerana ia hak untuk kau dabik dada.
Dan kau bermain. Berjudi. Turun-naiknya nasib kau berfasa tanpa kau faham kitarannya sebab kau buta ekonomi (tapi sebenarnya boleh diagak kalau kau sedikit celik). Kau rentas jurang puncak-lembahnya yang melampau-lampau.
Dalam transisi,
kau
akan
rasa
macam
palat.
Selalunya macam tu lah.
Bak kata Radiohead:
n
e
th a
steps
fifteen s
h
e
e
r
d
r
o
p
.