R Untuk Rokes!

4 protes

Ya. Sebenarnya bungkusan yang rok ni dah seminggu diterima.

Dan. Memang ni keadaan asal masa ambil dari pejabat pos. Ditampal dengan rasmi? Tak adalah. Cuma diikat dengan getah dan dimasukkan dalam beg plastik. Baharambang betul.

Tengok sampul luar pun dah tau rok tahap apa isi kandungan pakej ni. Ini bukan rok main-main. Ini rok siriyes!

Jadi, secara rasminya Rokes kini boleh didapati di Kuala Terengganu. Selected few dah terima salinan masing-masing. Tinggal lagi separuh je dalam tangan. Rasanya bakinya takkan keluar dari Kuala Terengganu kot. Budok Kuala perlukan pencerahan melalui materi yang sebegini. Jahil do'oh blake sme.

Tapi. Kalau ada yang berminat, emelkan saja ke dogparkagawa@gmail.com. Tertakluk pada stok. Dan kalau boleh, biar la COD. Benda rare macam ni, tak elok kalau pas kat posmen-posmen ganas. Rare sebab tak tau la Jef Bahari sanggup tak sambung #2 yang sepatutnya keluar bulan depan. Hehe.

Oh, gambar ni tiru gaya Lucy, haha:

Ini cuma pemberitahuan. Komen/kompelin/kritik lain kali la pulok.

---
Semua gambar ihsan mesin pengimbas murahan.

4 comments:

  1. Aku cuba bayangkan ketika aku menjadi raja sahari. sedang aku diarak dgn kompang, ada seorang lelaki yang tidak dikenali menuju kearah aku. nasib baik aku ada pasang hulu balang. so aku rasa selamat. dan aku terus menuju menuju ke tempat bersemayam. lalu aku berbisik kepada bendahara. "Adakah beta diserang tadi?" bendahara tidak memberi jawapan.Kemudian ada tarian joget di hadapan aku bersemayam. (eh betul ke bersemayam?). Disudut lain pula, rupa-rupanya dia nak hantar kad ucapan tahniah semoga panjang usia tuanku kepada aku. lalu aku berbisik dalam hati. 'Rakyatku masih belum tahu adat negerinya....' sekian. Wallahu a'lam.

    p/s: hebat tak imaginasi aku koeroxx?

    ReplyDelete
  2. Err..hebat tu kira hebat jugak la. tapi rasanya komen ni dah tersalah entri ni. mesti sebab layout blog ni tak mesra pengguna kan? hahaha

    ReplyDelete
  3. Aku tak pasti sama ada blog ni yang tak mesra pengguna atau pengguna blog ni terlalu ghairah nak bagi komen. ikut dan je nak protes tak tengok atas bawah dulu. ha ha
    p/s: komen aku merujuk pada entri Know Your Rights, Grow Some Grapes.

    ReplyDelete