13 Bar

6 protes
Untuk bervektoran, saya berkenderaan. Limabelasminit perjalanan ke lokasi yang dirahsiakan.

Saya tiada PC sendiri yang cukup kuat untuk bikin ilustrasi. (Yang ada cuma netbook mini.) Jadi, perlu buat curi-curi.

Saya harap akan tiba satu hari, ada rezeki, mampu milik PC sendiri. Tak perlu lagi curi-curi, boleh bikin vektor sukahati. Petang, malam atau pagi.

Saya janji: bila harinya tiba nanti, akan saya bikin vektor hari-hari. Sampai rasa itu mati. Atau sampai semua lari. Tinggalkan saya sendiri.

Doakan saya murah ilham dan rezeki, sampai saya boleh berdiri dengan ilustrasi. Mudahan bukan hanya untuk sesuap nasi, malah untuk pizza dan spaghetti, hari-hari macam harijadi. Dan buat famili senang hati.

6 comments:

  1. amin!
    dan upload lagi gambar pipiyapong!!power power! :)

    ReplyDelete
  2. Pipi memang power. Tambah lagi bila musim puasa. Banyak betul ilham dia bila lapar. Entah apa dia makan. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. sebab tu nak menang ipad2 kan? kan? kan?

    ReplyDelete
  4. Boleh menang ke? Hahaha.

    iPad 2 pun sama macam netbook jugak kot. Tak boleh bikin ilustrasi. Huhuuu~

    ReplyDelete
  5. masa ada PC dulu p jual sebab selalu travel.
    sekarang dan ada 4 notebook - sorang satu.
    tunggu ada bilik khas baru nak beli PC....

    Semoga ko di murahkan rezeki! aku suka kalau ko berkarya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk doa.

    Kalau ada notebook power power pun bagus juga kan. Mobiliti tu penting!

    Tapi, aku jenis olskool (baca: kolot). Kalau bikin kerja grafik tak boleh kalau tak guna PC. Hahaha.

    ReplyDelete