Penyakit Minda Marhaen

2 protes

Penyakit. Wabak melanda minda marhaen.

Patriotisme itu diukur dengan berapa helai kain perca yang digantung pada batang-batang kayu.

Peduli apa nasib bangsa. Persetankan masa depan nusa. Hidup sudah cukup kuchalana seadanya. Buat apa pecah tempurung fikirkan semua?

Lupakan kelmarin. Dan abaikan hari esok. Yang penting, hari ini gembira. Syukurlah dengan apa yang ada. Pejam mata. Semuanya baik-baik saja.

Dan canangkan pada seluruh alam yang kau patriot sejati! Yang buktinya letak pada helaian perca buatan China, yang kau gantung pada batang kayu, terus terus diulit angin.

Lesu.

Dan melayu.


---


Benar, kita tak dijajah. Cuma dinaungi.

Dulu oleh Empayar Monarki British. Sekarang oleh Dinasti Monarki Melayu.

Dulu feudal. Sekarang neo-feudal.

(Nak) merdeka apanya?

2 comments:

  1. bab politik saya tak pandai nak komen.

    itu je saya nak tulis.

    ReplyDelete
  2. Saya dah tulis komen panjang tadi pasal hubungan antara patriotisme dan idea politik, tapi kemudian baru teringat yang saya tengah komen di blog sendiri, jadi tak apa lah.

    Haha.

    ReplyDelete