Vektorday #2: Pipiyapong

2 protes

Seperti dijanjikan, Vektorday #2.

Pipiyapong, King of Letup, blogger Hilang Punca, pengulas Sokernet, prebet Sindiket Sol-Jah dan rebel yang serius tak serius. Lepas dua-dua blook dia sold out, dia delete semua entri kat blog dia. Entri baru pulak disable komen. Keji betul lu King.

Kalau ikutkan, dalam list vektor aku (eh, ada list ke?), Pipiyapong punya turn lambat lagi. Tapi bila baca entri dia semalam, rasa sayu pulak. Aku ingat nak beli Rokes dari dia dalam sedozen sebelum dia blah balik Lepih. Pelik jugak, blook dia semua sold out tapi Rokes macam takde sale pulak. Mungkin Rokes terlalu maskulin untuk peminat-peminat perempuan dia kot. Entah la.

Sebenarnya masa tengah buat vektor ni, lepas dah berlayer shading untuk muka dia aku buat, aku teringat dekat profil blogger dia tulis "Pemuda yang tidak menjadi...". Atas semangat tu, aku fikir: "Fakkit!"

Jadi, aku buang semua shading tu, dan buat satu layer baru. Raw. Macam tak siap. Sesuai dengan etika kerja dia yang macam punk tak siap. Hahaha.


Ok, jumpa lagi minggu depan untuk Vektorday #3 (kalau aku rajin).



---
ref img: © kumprinx

2 comments:

  1. dia dah ada awek? haha... apa punya soalan..

    ReplyDelete
  2. kutu macam dia ada awek ke? hahaha

    ReplyDelete